> ONLINE REGISTER
HOME | CORPORATE INFO | SURESAVE CARDS | BUSINESS PLAN FAQ | NEWS |
 > MEMBER BENEFITS
 > BRANCHES & DISTRICT AGENCY 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Utusan Malaysia 3 Dis 2001 (Isnin, M/surat 24)
    Ahli Kad Emas SURESAVE terima sumbangan

    KUALA LUMPUR 2 Dis. - Suresave (SS) Management Services Sdn.Bhd.,  telah menyampaikan sumbangan cek (polisi insurans tajaan Kurnia Insurans (M) Sdn.Bhd. bernilai RM60,000 kepada dua buah keluarga yang kehilangan anggotanya akibat kemalangan baru-baru ini.

    Kedua-dua mangsa kemalangan tersebut merupakan ahli serta pemegang Kad Emas Pelbagai Guna SS yang layak diberikan kemudahan sebagaimana yang terkandung di dalam polisi syarikat SS kepada pemegang kad.

    Menurut Pengurus Perkembangan Perniagaan SS, Kamaruzaman Deraman bahawa Raja Khuzairil Raja Soia, 20 tahun, yang baru sebulan menjadi ahli, meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dan cek bernilai RM50,000 telah diberikan kepada ibunya, Salamiah Endut.

    Sementara itu, Rosmiah Sidek menerima cek bernilai RM10,000 setelah suaminya, Mohd Azry Abdul Karim, meninggal akibat kemalangan.

    Segala sumbangan cek disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SS, Jeffry Yeoh sambil disaksikan oleh wakil dari Kurnia Insurans, Henry Tan.

    Kamaruzaman berkata, itu merupakan contoh terdekat bagaimana pemegang Kad Emas Pelbagai Guna SS mendapat kemudahan yang dijanjikan selepas didaftarkan menjadi ahli dengan yuran tahunan sebanyak RM80.

    Katanya, dengan hanya satu kad, pemegangnya akan menikmati pelbagai kemudahan di luar jangkaan.

    "Kini terdapat 40,000 ahli SS diseluruh negara. Syarikat ini sah dan berdaftar di bawah lesen jualan langsung, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna" katanya.

    Beliau berkata, antara kemudahan lain yang dinikmati pemegang kad ialah bantuan talian kecemasan, perkhidmatan kereta tunda percuma, bantuan kerosakan, ganti rugi dan kemalangan, perlindungan insurans kemalangan komprehensif peribadi bernilai RM30,000 dan RM75,000 serta perkhidmatan pelanggan dalam tempoh 24 jam.

    Selain itu, kad ini juga, katanya boleh dijadikan kad diskaun untuk mendapatkan potongan harga di klinik-klinik, hotel, syarikat kereta sewa, kedai-kedai dan pelbagai kemudahan lain.

    Pemegang kad juga, katanya, akan membeli secara berjimat di pasar raya Suresave di seluruh negara disamping berpeluang menikmati tambahan pendapatan melalui program perniagaan Suresave tanpa sebarang modal.

 
 
     
     
    SURESAVE MANAGEMENT SERVICE SDN. BHD.
(company no. 463741-P) (AJL 931203)

No.36 & 37, Jalan Serdang SR 1/9, Taman Serdang Raya, Seksyen 9, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
Tel: 03-8945 5166 (Hunting Line ) Fax: 03-8945 8398 / 8945 0318
E-mail: suresave@time.net.my
24 hours Emergency Hotline: 03-7877 3007