> ONLINE REGISTER

 HOME | CORPORATE INFO | SURESAVE CARDS | BUSINESS PLAN | FAQ  | NEWS | 

 >MEMBER BENEFITS
 > BRANCHES & DISTRICT AGENCY

 

 

 

SOAL-JAWAB TENTANG PROGRAM PERNIAGAAN SURESAVE

              English

 

 

 

 

 

S1 : Bolehkah saya memulakan perniagaan sebelum saya menerima Kad Emas SS saya ?

J1 :  Boleh. Anda boleh memulakan perniagaan sebaik sahaja anda membuat pendaftaran. Oleh kerana anda masih belum menerima kas dan nombor keahlian anda, maka anda cuma perlu mencatitkan nama penuh dan nombor Kad Pengenalan anda didalam ruang yang disediakan bagi butir-butir pengenal. 

S2 :  Bilakah saya akan menikmati insentif jualan peribadi, insentif penyelia atau bonus pengurus saya ?.

J2 :   Setelah anda layak, cek bersama penyata insentif anda akan dihantar kepada anda pada setiap 15 haribulan setiap bulan.

S3 : Bagaimanakah  saya dapat memastikan jualan saya sehingga enam insentif ?

J3 :   Kami telah melabur sejumlah wang yang besar dalam atur cara perisian. Oleh sebab itu, anda boleh meminta cetakan komputer mengenai kesemua senarai ahli bawahan anda sehingga insentif keenam. Walaubagaimanapun anda akan dikenakan bayaran sebanyak 50 sen setiap halaman borang cetakan komputer yang anda minta. 

S4 :  Apakah akan terjadi jika pelanggan saya tidak memperbaharui keahlian tetapi dia pula mempunyai pelanggan ?

J4 : Jika seseorang ahli gagal memperbaharui kad keahlian tetapi pelanggannya yang memperbaharui kada keahlian, maka pelanggannya akan menjadi pelanggan ahli atasannya. Bayaran insentif kami berdasarkan sistem mampatan. Oleh itu, selagi anda memperbaharui keahlian anda, anda akan dapat memiliki enam generasi pelanggan pada setiap masa jika kumpulan anda berkembang melebihi enam generasi.

S5 : Bolehkah saya menukar Si Pengenal saya apabila saya memperbaharui keahlian saya. ?

J5 : Tidak boleh.  Anda tidak boleh menukar Si Pengenal anda SELAMA-LAMANYA..!!! . Anda hanya boleh menukar Pelan F kepada Pelan G atau sebaliknya tetapi TIDAK BOLEH menukar nama Si Pengenal anda. Peraturan ini bertujuan melindungi kepentingan nama pengenal pada setiap masa. Ia juga memberikan jaminan dan dorongan kepada anda dalam menjalankan perniagaan ini yang boleh memberikan keselamatan kewangan kepada keluarga anda SEPANJANG HAYAT!!!. 

S6 : Apakah definasi “Skim Piramid” dan kenapa Program Perniagaan SURESAVE bukan dalam bentuk “Skim Piramid”.

J6 : “Skim Piramid” biasanya menghadkan bilangan pengenalan pada peringkat permulaan, misalnya rancangan binary (2) atau matriks (3). Orang yang berada di atas selalunya mendapat wang yang lebih banyak berbanding dengan orang yang berada di bawahnya. SURESAVE tidak menghadkan bilangan jualan peribadi dan anda boleh mendapat pendapatan yang lebih berbanding dengan mereka yang mendaftar lebih awal daripada anda. 

S7 : Mengapa Program Perniagaan SURESAVE bukan “Skim Cepat Kaya”.

J7 : "Skim Piramid” biasanya menawarkan produk-produk untuk dijual pada harga yang “sangat tinggi” atau tiada produk langsung. Harga “dinaikkan” untuk mendapat ganjaran atau insentif yang tinggi. Skim seperti ini biasanya gagal apabila mencapai “titik tepu” di mana tiada pelanggan yang mahu melabur. SURESAVE menawarkan faedah dan perkhidmatan yang hebat kepada ahli-ahlinya dengan hanya RM 80.00 setahun atau PERCUMA!!!.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SURESAVE MANAGEMENT SERVICE SDN. BHD. 
(company no. 463741-P) 

A-3A-6, Block A, Level 6, Menara Uncang Emas, No. 85, Jalan Loke Yew, 55200 Kuala Lumpur. 
Tel: 03.986.2166 Fax: 03.986.1318 
E-mail: suresave@time.net.my
 

24 hours Emergency Hotline : 03-7877 3007