> ONLINE REGISTER
HOME | CORPORATE INFO | SURESAVE CARDS | BUSINESS PLAN FAQ | NEWS |
 > MEMBER BENEFITS
 > BRANCHES & DISTRICT AGENCY 
 
 
 
 
 
 
 
PERANCANGAN SURESAVE - DAHULU, SEKARANG & MASA
 HADAPAN
English
 

Pada 1998, kami hanya bermula sebagai Syarikat Kad Pemotongan Harga dengan melancarkan Kad ‘Privilege’, ‘Elite’ dan ‘Corporate’. Pada masa itu, yuran keahlian adalah RM 40 atau RM 60 setahun. Kemudahan yang disediakan cuma terhad kepada pemotongan harga untuk perkhidmatan penundaan (ahli terpaksa menghubungi bengkel sendiri dan bayar); dan juga panel-panel hotel dan syarikat sewa kereta..

Kami sentiasa ingin meningkatkan mutu perkhidmatan dan kemudahan dari masa ke semasa. Pada Julai 2001, kami telah memulakan Talian Perkhidmatan Kecemasan 24 Jam. Bulan berikutnya kami telah memperkenalkan Kad Emas SS dengan pilihan kemudahan dari Pelan A hingga Pelan F. Selain daripada perkhidmatan permotoran dan permotongan harga, kami juga menyediakan kemudahan lain seperti Faedah Pendapatan Penghospitalan, Faedah Pemeriksaan Perubatan & Ujian Makmal Tahunan dan Faedah Penghospitalan & Pembedahan untuk perseorangan (pakej 1), individu dengan pasangan hidup (pakej 2 - tidak termasuk anak) dan keluarga (pakej 3). Disebabkan terlampau banyak pilihan disediakan, seorang pelanggan selalunya tidak dapat membuat keputusan dan terpaksa merujuk kepada suami/isteri atau keluarga dahulu sebelum membuat keputusan dan seterusnya mengakibatkan jualan perlahan. Kadang-kala ia mengambil masa berminggu-minggu atau berbulan-bulan untuk membuat satu jualan!!!

Pada November 2000, kami telah memperkenalkan Pelan F (untuk bukan pemilik kereta)  dan Pelan G (untuk pemilik kereta), dan sambutannya begitu menggalakkan seperti pisang  goreng!!! Dalam jangka masa 7 bulan, kami telah memproses lebih daripada  20,000 kad!!!!!!

Falsafah perniagaan Suresave adalah membantu ahli Suresave untuk JIMAT, UNTUNG & CERIA. Dengan ini, kami telah membuat perancangan untuk membuka Rangkaian Pasaraya Suresave & Kedai Alat Ganti Suresave di Malaysia, bermula  dengan kawasan yang mempunyai Pemegang Kad Pelan F & G teramai. Buat masa ini,  kami merancang untuk membuka Pasaraya Suresave di Kuala Lumpur & Pulau Pinang dahulu, diikuti oleh kawasan lain.

Perjalanan Suresave ke arah Kejayaan telah bermula!!!
Rancangan untuk melancarkan Kad Emas SS ke seluruh dunia telah dibuat!!!
Walaupun mata wang dan kemudahan yang disediakan akan berbeza, namun Pelan Perniagaan Suresave tetap sama. Pelancarannya cuma bergantung pada Masa sahaja…….

 
 
 
 
 
 
     
     
    SURESAVE MANAGEMENT SERVICE SDN. BHD.
(company no. 463741-P) (AJL 931203)

No.36 & 37, Jalan Serdang SR 1/9, Taman Serdang Raya, Seksyen 9, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
Tel: 03-8945 5166 (Hunting Line ) Fax: 03-8945 8398 / 8945 0318
E-mail: suresave@time.net.my
24 hours Emergency Hotline: 03-7877 3007