> ONLINE REGISTER
HOME | CORPORATE INFO | SURESAVE CARDS | BUSINESS PLAN FAQ | NEWS |
 > MEMBER BENEFITS
 > BRANCHES & DISTRICT AGENCY 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Berita Harian 30Nov 2001 (Jumaat, M/surat 15)
    SURESAVE sasar 200,000 keahlian

    Suresave Management Services Sdn.Bhd.(Suresave), syarikat yang terbabit dengan perkhidmatan bantuan kecemasan kepada pemilik kenderaan mensasarkan jumlah keahliannya meningkat kepada kira-kira 200,000 ahli tahun depan.

    Syarikat yang memperkenalkan Kad Emas SS (SS Gold Card) ketika ini mempunyai 40,000 ahli aktif di seluruh negara dan dijangka mencecah 50,000 ahli sebelum akhir tahun ini.

    Ketua Eksekutif Suresave, Jeffrey Yeoh, berkata peningkatan jumlah ahli adalah berasaskan pengambilan ahli menerusi konsep pemasaran pelbagai peringkat yang turut menyediakan penjimatan, pendapatan berterusan dan ganjaran.

    Beliau berkata, antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk bantuan kecemasan 24 jam, perlindungan insurans, diskaun menyewa hotel, membeli belah dan panel klinik.

    "Idea untuk memperkenalkan perkhidmatan ini adalah susulan daripada krisis kegawatan ekonomi yang melanda negara pada tahun 1997 yang menyebabkan berlakunya kes perberhentian dan pemotongan gaji" katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan cek insurans kemalangan peribadi kepada balu dua ahli pemegang Kad Emas SS (SS Gold Card) di Kuala Lumpur, semalam.

    Pada majlis itu, ibu kepada Raja Khuzairil Raja Soia menerima cek bernilai RM50,000 manakala isteri kepada Mohd Azry Abdul Karim menerima RM10,000 berikutan kemalangan yang menyebabkan kematian.

    Kad Emas SS (SS Gold Card) menawarkan dua pelan perlindungan iaitu pelan G kepada pemilik kenderaan dan pelan F untuk bukan pemilik kenderaan dengan yuran keahlian RM80 setahun.

    Jeffry berkata, Suresave mengadakan kerjasama dengan dua syarikat insurans iaitu Kurnia Insurans (Malaysia) Berhad dan AXA Affin Assurance Berhad.

    Sehubungan dengan itu bagi meluaskan perkhidmatan, syarikat akan membuka dua pasar raya mini Suresave di Taman Serdang Raya, Kuala Lumpur dan Pekaka Square, Pulau Pinang pada akhir tahun ini.

    Katanya, pembukaan pasar raya mini itu membolehkan ahli dan bukan ahli membeli barangan keperluan runcit pada harga yang berdaya saing selain terdapat kaunter khas untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Suresave.

    "Kami bercadang untuk membuka lima hingga enam lagi cawangan pasar raya mini tahun depan di beberapa lokasi strategik seperti di Johor Bahru, Petaling Jaya, Butterworth, Kota Bahru, Ipoh dan Melaka" katanya sambil menambah kos membuka pasa raya mini memerlukan perbelanjaan kira-kira RM1 juta.

    Ditanya mengenai perolehan yang dicatatkan tahun lalu, Jeffrey berkata Suresave merekodkan perolehan kira-kira RM2.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2001 dan mensasarkan perolehan kira-kira RM8 juta tahun depan.

 
 
     
     
    SURESAVE MANAGEMENT SERVICE SDN. BHD.
(company no. 463741-P) (AJL 931203)

No.36 & 37, Jalan Serdang SR 1/9, Taman Serdang Raya, Seksyen 9, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
Tel: 03-8945 5166 (Hunting Line ) Fax: 03-8945 8398 / 8945 0318
E-mail: suresave@time.net.my
24 hours Emergency Hotline: 03-7877 3007