> ONLINE REGISTER
HOME | CORPORATE INFO | SURESAVE CARDS | BUSINESS PLAN FAQ | NEWS |
 > MEMBER BENEFITS
 > BRANCHES & DISTRICT AGENCY
 
 
 
 
 
 
 
UNDANG-UNDANG BARU KERAJAAN UNTUK MEMBANTERAS SKIM PIRAMID
DAN SKIM CEPAT KAYA
English
 

Pada hari Rabu 7hb June 2001, kami telah diberitahu oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, berkaitan dengan perkara-perkara berikut:-

  1. Undang-Undang Baru Anti-Piramid akan  di bentangkan dalam Parlimen bulan hadapan bertujuan untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana syarikat atan tuan punya syarikat yang menjalankan kegiatan Skim Piramid.

  2. Sesiapa yang menjalankan atau mengambil bahagian dalam Skim Cepat Kaya akan diambil tindakan yang berat, boleh didenda, dipenjara serta disebat.

SKIM PIRAMID

Skim Piramid kebiasaannya dijalankan dengan menghadkan jumlah ahli tajaan pada setiap  peringkat, sebagai contoh skim Binary (2) atau Matrix (3) dan seterusnya. Dengan ini ahli  diperingkat atas kebiasaannya tidak pertu bekerja atau goyang kaki kerana ahli baru terpaksa  diletak dibawah mereka yang membolehkan mereka menjadi kaya.

SKIM CEPAT KAYA

Pada kebiasaannya Syarikat Skim Cepat Kaya beroperasi dengan menjual produk mereka  dengan harga yang mahal untuk membayar komisyen yang tinggi kepada ahli dan ada juga  yang langsung tidak mempunyai produk atau perkhudmatan, ianya semata-mata untuk  mendapat keuntungan lumayan.

Syarikat SURESAVE sesungguhnya menyokong tindakan kerajaan ini dalam membanteras  kegiatan Skim Piramid & Skim Cepat Kaya dimana dengan tindakan ini dapat menjamin hak pengguna disamping dapat meningkatkan lagi imej Industri Jualan Langsung di negara kita

AMARAN

PELAN PEMASARAN SYARIKAT SURESAVE SESUNGUHNYA BUKAN SKIM PIRAMID ATAU SKIM  CEPAT KAYA.

SEKIRANYA TERDAPAT MANA-MANA PIHAK YANG BERANI MENUDUH SECARA LISAN ATAU  BERTULIS YANG PELAN PERNIAGAAN SURESAVE, ADALAH SKIM PIRAMID ATAU SKIM CEPAT
 KAYA MAKA SYARIKAT KAMI TIDAK TERAGAK-AGAK AKAN MEMFAIL SAMAN TERHADAP  MEREKA DEMI MENJAGA  KEPENTINGAN PERNIAGAAN KAMI. 

Dengan makluman diatas pihak syarikat mengharap agar setiap ahli dapat menaruh keyakinan  yang tinggi kepada SURESAVE serta tidak teragak-agak untuk mempromosikan SS Gold Card  kepada umum dan pihak syarikat mengharapkan agar semua ahli akan memperolehi kejayaan  melalui PROGRAM PERNIAGAAN SURESAVE.

"BERILAH KEPERCAYAAN KEPADA SURESAVE UNTUK MEMBANTU ANDA DAN KELUARGA  TERSAYANG MENIKMATI JAMINAN KEWANGAN BERTERUSAN SELAMA-LAMANYA!"

Sekian.Terima kasih.
 

 
 
 
 
 
 
     
     
    SURESAVE MANAGEMENT SERVICE SDN. BHD.
(company no. 463741-P)

A-3A-6, Block A, Level 6, Menara Uncang Emas, No. 85, Jalan Loke Yew, 55200 Kuala Lumpur.
Tel: 03.986.2166 Fax: 03.986.1318
E-mail: suresave@time.net.my
 
24 hours Emergency Hotline: 03-7877 3007