> ONLINE REGISTER

 HOME | CORPORATE INFO | SURESAVE CARDS | BUSINESS PLAN | FAQ  | NEWS | 

 >MEMBER BENEFITS
 > BRANCHES & DISTRICT AGENCY


 
 
SOAL-JAWAB TENTANG KAD EMAS SS

              English

 
S1 : Berapakah umur minimun dan maksimun yang layak untuk pendaftaran ?

J1 : Umur pendaftaran keahlian minimun ialah 18 tahun dan tiada had umur maksimun.       Walaubagaimanapun, ahli yang mendaftar selepas mencapai umur 65 tahun, TIDAK akan menikmati perlindungan Percuma Insuran Kemalangan Peribadi. Namun, kes pembaharuan boleh diterima sehingga umur 70 tahun. 

S2 : Bilakah saya akan menerima Kad Emas SS saya ?

J2 : Anda akan menerima Kad Emas SS anda dalam tempoh 14 hari dengan tangan atau Surat Berdaftar. 

S3 : Bilakah saya dapat menikmati faedah Pelan F atau Pelan G?

J3 :Bagi menikmati faedah Pelan F atau G serta perlindungan Percuma Insuran  Kemalangan Peribadi, ianya bermula dalam tempoh 24 jam waktu bekerja dari tarikh penyerahan permohonan pendaftaran sepertimana dinyatakan dalam resit rasmi. Untukmenikmati faedah potongan harga, anda mesti menunggu sehingga menerima Kad Emas SS dalam tempoh 14 hari. 

S4 : Apakah yang harus saya lakukan jika saya seorang ahli Pelan F dan saya telah membeli sebuah kereta dan saya ingin menaikkan taraf  kad saya ke Pelan G ?

J4 : Untuk anda menaikkan taraf kad anda ke Pelan G, anda perlu melengkapi Borang Permintaan Menukar Pelan serta membayar yuran pentadbiran sebanyak RM40.  Akan tetapi anda tidak boleh menukar nama Si pengenal anda dan tarikh tamat anda dan tarikh tamat tempoh akan dikekalkan. 

S5 : Berapakah had umur ke atas kereta yang didaftarkan di bawah Pelan G untuk menikmati faedah permotoran ?

J5 : Tiada had umur kereta dikenakan buat masa ini. Akan tetapi, jika kekerapan kerosakan yang melibatkan kereta lama meningkat secara mendadak, maka kami mungkinmengenakan had umur ke atas kereta yang didaftarkan pada masa hadapan. 

S6 : Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya menukar kereta saya ?

J6 : Sila minta Jabatan Khidmat Pelanggan kami untuk menghantarkan/menfakskan Borang Permintaan Mengganti Kad Pertukaran Kereta kepada anda dan anda harus mengembalikan borang yang dilengkapi kepada kami berserta dengan bayaran pentadbiran sebanyak RM10.00. 

S7 : Bolehkah seorang ahli Pelan G mendaftarkan sebuah kereta/kenderaan yang bukan miliknya ?

J7 : Boleh. Seseorang ahli boleh mendaftarkan kereta/kenderaan yang bukan milik mereka milik mereka dengan syarat ianya bukan untuk tujuan komersial. 

S8 : Bolehkah ahli mendaftar melebihi (memiliki lebih satu kad)?

J8 :  Boleh. Namun demikian, untuk melindungi kepentingan Si Pengenal maka ahli berkenaan mesti memperbaharui kad pertama dengan Suresave sebelum ia dibenarkan memperbaharui kad-kad yang lain. 

S9 : Apakah akan terjadi jika Kad Emas SS tidak diiktiraf oleh hotel, syarikat   sewa kereta, bengkel kereta, rangkaian kedai dan klinik ?

J9 : SURESAVE telah memeterai perjanjian kontrak dengan kesemua mereka dan jika anda menghadapi sebarang kesulitan seperti tersebut sila berhubung dengan TalianKecemasan 24 jam kami untuk bantuan. 

S10 : Apakah had wilayah untuk menikmati faedah Khidmat Tunda Percuma dan Pembaikan Kerosakan Di Tepi Jalan (caj buruh sahaja)?

J10 : Had wilayah bagi Khidmat Tunda Percuma dan Pembaikan Kerosakan Di Tepi Jalancuma meliputi jalanraya Persekutuan sahaja di dalam wilayah Semenanjung Malaysia (termasuk Pulau Langkawi). Khidmat "Luar Jalanraya" atau jalan yang tidak bertar seperti jalan kecil tidak akan disediakan. Kami juga memberikan khidmat disepanjang sepanjang lebuhraya bertol. Namun demikian, sungguh pun khidmat menunda diberi secara Percuma, ahli mesti membayar caj tol yang dikenakan ke atas trak tunda. Ahli-ahli boleh menghubungi operator tol lebuhraya yang biasanya dapat sampai ke tempat kejadian lebih cepat serta dapat menawarkan baikpulih yang mudah dan kemudahan menunda ke tol terdekat secara percuma. 

S11: Adakah apa-apa had jarak bagi khidmat tunda yang percuma ?  Jika ada,  apakah kadar tunda yang perlu dibayar bagi jarak tambahan?

J11 : Tidak ada had jarak bagi khidmat tunda selagi kenderaan ahli kami di tunda kebengkel panel kami yang terdekat. Namun demikian, jika ahli kami memutuskanuntuk menunda kenderaannya ke bengkel lain yang bukan bengkel panel kami,  maka ahli tersebut hendaklah menanggung caj tunda berkenaan. Dalam keadaan ini, ahli tersebut hendaklah mencapai persetujuan dengan pengusaha trak tunda tentang kadar tunda yang dikenakan sebelum membenarkan ahli menunda kenderaannya. Sila ambil perhatian bahawa jika kami membenarkan ahli menunda kenderaan ke bengkel pilihan mereka, maka insentif bagi bengkel panel kami untuk terus menjadi bengkel panel tidak lagi wujud dan mereka tidak akan menyediakan khidmat yang pantas dan berkesan kepada ahli kami pada masa depan. Jesteru mereka akan menarik diri sebagai bengkel panel kami. 

S12: Apakah akan terjadi jika bengkel panel SURESAVE mengenakan caj berlebihan untuk baik pulih kereta saya ?

J12:  Sila hubungi Jabatan Khidmat Pelanggan kami di talian 03-988 2166 dan kami akan menghantar/menfakskan dengan serta merta Borang Aduan Pelanggan kepada anda.  Setelah anda mengisi borang tersebut, sila pos/fakskan kepada kami di no.03-986 1318 bersama-sama bil baik pulih berkenaan. Kami akan menyiasat aduan anda dan jika kami mendapati bahawa anda telah dikenakan caj berlebihan, maka Suresave akan meminta bengkel berkenaan mengembalikan jumlah caj lebihan kepada anda.  Jika bengkel tersebut gagal mengembalikan amaun tersebut, maka kontrak di antara bengkel dengan Suresave akan dibatalkan. Beberapa kes telah berlaku pada masa dahulu, tetapi 100% bengkel berkenaan telah membayar balik jumlah lebihan kepada ahli kami. Ini bukanlah amalan perniagaan yang menguntungkan jika kontraknya di batalkan oleh Suresave oleh kerana satu caj lebihan sahaja. 

S13 : Sejauhmanakah kecekapan khidmat SURESAVE kepada ahli Kad Emas SS? 

J13 : Bagi khidmat permotoran pula, kami mempunyai sebanyak 450 buah bengkel panel dan lebih 900 buah trak tunda yang terletak diseluruh Semenanjung Malaysia termasuk Pulau Langkawi yang bersedia memberi khidmat kepada ahli-ahli kami dan senarai bengkel panel meningkat setiap hari. Pusat Pangillan Kecemasan kami beroperasi 36 jam setiap hari, 8 hari seminggu dan 13 bulan setahun. Dalam erti kata lain, kami sentiasa bersedia memberi khidmat kepada anda dan kami adalah satu-satunya pemberi permotoran yang menawarkan "Jaminan Perkhidmatan" kepada para ahli kami. (Sila rujuk terma dan syarat mengenai Jaminan Perkhidmatan). 

S14 : Apakah akan terjadi jika kenderaan ahli tidak dapat dibaikpulih di bengkel panel SURESAVE ?

J14 : Sekiranya bengkel panel SURESAVE tidak dapat membaikpulih kenderaan ahli kami, maka SURESAVE akan memastikan kenderaan itu "dihantar pulang" ke rumah ahli atau bengkel yang lain. Namun demikian, jarak maksimun bagi Khidmat Tunda Percuma SURESAVE terhad kepada 25 km perjalanan atau 50 km (ulang-balik) sahaja dan mana-mana kos tunda tambahan hendaklah ditanggung oleh ahli berkenaan dengan kadar RM1.00 km (waktu siang) dan RM1.50 setiap km (waktu malam). 

 

 
 
 

 

SURESAVE MANAGEMENT SERVICE SDN. BHD. 
(company no. 463741-P) 

A-3A-6, Block A, Level 6, Menara Uncang Emas, No. 85, Jalan Loke Yew, 55200 Kuala Lumpur. 
Tel: 03.986.2166 Fax: 03.986.1318 
E-mail: suresave@time.net.my
 

24 hours Emergency Hotline : 03-7877 3007