> ONLINE REGISTER

 HOME | CORPORATE INFO | SURESAVE CARDS | BUSINESS PLAN | FAQ  | NEWS | 

 >MEMBER BENEFITS
 > BRANCHES & DISTRICT AGENCY

 

 

 

SOAL-JAWAB TENTANG INSURANS

              English

 

 

 

 

 

S1 : Bilakah saya boleh menikmati perlindungan Insurans Kemalangan ?

J1 : Perlindungan insurans peribadi akan berkuatkuasa selepas 24 jam waktu bekerja dari tarikh pendaftaran yang dinyatakan dalam resit rasmi.

S2 : Bagaiman saya dapat memperbaharui insurans kereta saya dengan panel  agen insurans SURESAVE supaya saya dapat menikmati faedah pembayaran balik yuran keahlian ? Adakah saya perlu pergi ke pejabat SURESAVE ?

J2 : Tidak. Anda tidak perlu datang ke pejabat SURESAVE. Apa yang perlu anda lakukan adalah seperti berikut :-

1.       Menfakskan salinan Kad Pendaftaran JPJ serta polisi insurans yang tamat tempoh kepada pejabat SURESAVE untuk mendapat sebut harga.

2.       Memasukkan jumlah premium secara terus ke dalam akaun bank agen SURESAVE iaitu Savinsure (M) Sdn.Bhd. No.Akaun 514048528138 di mana-mana cawangan Maybank atau Maybank Finance yang terdekat.

3.       Menfakskan slip simpanan bank kepada kami di nombor faks 03-986 1318 dan diikuti dengan panggilan telefon kepada pejabat SURESAVE. Kami akan berhubung dengan bank tentang penjelasan cek atau tunai dan akan menghantar nota perlindungan di alamat kediaman atau pejabat anda.

Setelah anda menerima nota perlindungan (pada keesokan hari), anda boleh pergi dimana-mana pejabat pos atau pejabat JPJ yang terdekat untuk memperbaharui cukai jalan anda. Mudah sahaja!!.

S3 : Bilakah saya akan menerima pembayaran balik yuran keahlian saya, jika saya layak ?

J3 : Anda akan menerima pembayaran balik yuran keahlian bersama penyata insentif anda pada bulan berikutnya. 

S4 : Apakah akan terjadi kepada Bonus Tanpa Tuntutan (NCB) atau Potongan Tanpa Tuntutan (NCD) jika saya memperbaharui insurans kereta saya dengan mana-mana agen insurans SURESAVE bertauliah ?

A4 : NCB atau NCD tersebut tidak terjejas langsung dan anda berhak mendapat potongan yang sama selagi anda tidak pernah membuat sebarang tuntutan dalam tempoh 12 bulan yang lepas.

S5 : Jika saya memperbaharui polisi insurans saya dengan agen insurans bertauliah SURESAVE, adakah polisi saya terjejas dari segi kadar “Beban dan Lebihan”.

A5 : Jika anda tidak pernah membuat sebarang tuntutan dalam tempoh 12 bulan yang lepas, maka kadar tersebut tidak akan terjejas. Kadar yang ditawarkan akan dikekalkan ataupun dinaikkan. 

S6 : Adakah saya dimestikan memperbaharui insurans kereta saya dengan panel agen insurans SURESAVE ?.

J6 : Tidak. Akan tetapi, sekiranya anda ingin mendapatkan pembayaran balik yuran kahlian anda, anda harus memperbaharui insurans kereta komprehensif anda dengan penel agen kami. 

S7 : Bolehkah pemegang polisi insurans kereta pihak ketiga menjadi ahli SURESAVE ?.

J7 : Ya, tentu boleh.

S8 : Adakah panel insurans SURESAVE menawarkan perlindungan polisi insurans yang lain?.

J8 : Ya. Anda boleh meminta sebut harga mengenai apa jua polisi insurans am yang anda perlu. 

S9 : Cbolehkah saya membayar premium insurans dengan kad kredit ?

J9 : Tidak boleh.

S10 : Jika saya/ahli keluarga saya ingin membuat tuntutan terhadap perlindungan kemalangan peribadi, apakah prosedurnya ?.

J10 : Anda atau ahli keluarga anda dikehendaki mengemukakan salinan laporan polis dan laporan doktor kepada syarikat insurans yang berkenaan. Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila hubungi SURESAVE dan kami bersedia memberikan khidmat kepada anda. 

S11 : Apakah akan terjadi jika saya memiliki polisi insurans dari insurer-insurer yang lain ?. Apakah akan terjadi jika mereka (insurer-insurer lain) meminta salinan asal laporan polis dan laporan doktor di mana ahli keluarga saya hanya mempunyai satu salinan asal ?.

J11 : Perlindungan Kemalangan Peribadi Percuma yang ditawarkan oleh SURESAVE tidak akan menjejaskan polisi-polisi lain milik anda. Untuk membolehkan anda atau ahli keluarga anda membuat tuntutan, anda atau ahli keluarga anda cuma perlu mengemukakan salinan laporan berkenaan kepada insurer kami dan menunjukkan salinan asal untuk rujukan mereka. Selepas itu, ahli keluarga anda boleh mengemukakan salinan asal kepada insurer lain untuk membuat sebarang tuntutan yang lain.

S12 : Adakah sebarang had umur bagi perlindungan insurans kemalangan peribadi ?

J12 : Ya. Umur minumun untuk mendapat perlindungan peribadi adalah 18 tahun ke atas dan umur maksimun untuk mendapat perlindungan peribadi adalah 65 tahun. Namun demikian, bagi kes-kes pembaharuan polisi, had umur adalah sehingga 70 tahun.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SURESAVE MANAGEMENT SERVICE SDN. BHD. 
(company no. 463741-P) 

A-3A-6, Block A, Level 6, Menara Uncang Emas, No. 85, Jalan Loke Yew, 55200 Kuala Lumpur. 
Tel: 03.986.2166 Fax: 03.986.1318 
E-mail: suresave@time.net.my
 

24 hours Emergency Hotline : 03-7877 3007